Najib In Vein
Who is Najib Razak?
Cover TIME Magazine punya tajuk kot untuk tahun hadapan.
Let’s be serious. It’s not about who he is but rather who he
will be remembered as.
Bapak Transformasi. Kalau saya ditanya apakah sumbangan
terbesar yang dilakukan oleh Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia,
jawapan saya adalah…..
Semasa era Najib, banyak polimik – banyak kerenah – banyak ragam.
Tapi dalam banyak kekalutan ini, kita mula menyaksikan kebangkitan usahawan
Melayu, kita mula melihat rakyat bersatu untuk pembangunan sosial seperti kos
sara hidup serta kemudahan asas dan buat pertama kali nya UMNO berdepan dengan bayang
kegelapannya dan terpaksa merungkai masalah untuk membina penjenamaan baru.
Sesetengah rakyat Malaysia ingin tidur dan lupakan zaman
Najib; terlalu banyak korupsi ataupun penipuan, terlalu banyak noktah hitam
dalam sejarah – kematian dan peperangan. Saya memilih untuk berjaga dan membuka
mata.
Najib bangun dan berkata transformasi; dia mahukan perubahan
dan untuk berubah inilah yang berlaku. Bukan hanya bahan yang diubah malah
bentuknya pun turut berubah.
Kita tidak boleh sentiasa selesa dan kita tidak boleh
sentiasa berkias dalam mencari penyelesaian tapi kita harus peka dalam melihat
kepada siapa kita dan di mana kita berada.
Saya tahu, ini detik susah bagi Negara dan saya tidak
menafikan saya kecewa dengan apa yang berlaku.
Cuma saya tidak menyangka bahawa kita lemah, pemimpin tidak
bersatu untuk membina Negara – mereka lebih suka untuk saling bertukar ganti serta tiada siapa yang menghormati Perlembagaan.
Rakyat sentiasa dikucar kacirkan dengan berita, khabar angin
dan tomahan serta cacian perkauman serta agama.
Yang kaya riak dengan harta – taja itu dan ini, program
itu dan ini. Yang miskin menunggu untuk dibantu tanpa usaha.
Dimana kita berada sekarang ini MALAYSIA.
Bukan salah manusia bernama Najib Razak – dia bukan sebab kamu bangun pagi dan melakukan kerja kamu, dia bukan sebab anak-anak kita pergi ke sekolah setiap hari dan dia bukanlah alasan untuk kita tadahkan tangan kepada Maha Pencipta untuk kesyukuran serta keberkatan.
Bukan salah manusia bernama Najib Razak – dia bukan sebab kamu bangun pagi dan melakukan kerja kamu, dia bukan sebab anak-anak kita pergi ke sekolah setiap hari dan dia bukanlah alasan untuk kita tadahkan tangan kepada Maha Pencipta untuk kesyukuran serta keberkatan.
Saya tidak mahu menjadi generasi yang menyalahkan pemimpin
disebabkan kekecohan yang berlaku kini dan kemusnahan yang akan berlaku kelak.
Saya mahu berjaga dan mengatakan sumbangan terbesar Najib Razak kepada Negara ini
adalah usaha dan cita-cita. Dia menyedarkan saya untuk berusaha dan mencapai
cita – cita seperti mana Perdana Menteri sebelumnya dan sebagai mana Perdana Menteri
selepas itu.
Kalau anda ingin musnahkan Negara untuk hanya secebis
kebenaran dunia, kalau anda ingin merosakkan masa hadapan untuk sezarah harta
dunia…teruskanlah mencari salah setiap pemimpin, teruskanlah menghina setiap
yang berbeza dan jangan lupa teruskanlah berdengki dengan kesenangan orang lain…kerana
anda lah yang selayaknya memegang bendera kebenaran.
Comments
Post a Comment
please think wisely!