Surat Untuk Pendidik

Pada hari ini ramai yang berkata-kata tentang guru. Sebelum kita menunjuk jari kepada guru, adalah lebih baik kita bertanya pada guru apakah tugas guru sebenarnya. Guru melakukan banyak pekerjaan sebagai bidang tugasnya malah tidak keterlaluan mengatakan tugas guru merangkumi segala aspek yang terdapat di sekolah, dari segi pentadbiran,kewangan, disiplin, moral dan sebagainya. Itulah tugas guru dan kebanyakan guru tidak hanya berpegang kepada satu tanggungjawab.

Yang menjadi laranya hati seorang guru adalah apabila bidang-bidang tugas tambahan ini bukanlah menjadi tiang ukur kehebatan guru itu. Akan tetapi ianya merupakan pencapaian murid; hebatnya murid adalah hebatnya guru. Disebalik itu ada juga guru yang hebat tetapi dikatakan biasa-biasa sahaja kerana muridnya biasa sahaja. Hebatnya sesebuah sekolah pun kerana muridnya..bukanlah guru-gurunya yang bertugas melakukan itu dan ini. Kerana apa ini semua terjadi kerana lumrah hakiki bidang tugas guru.

Seorang guru tidak boleh marah jika diarahkan untuk melakukan tugas tambahan dan ada kalanya tidak boleh menolak. Guru umpama pelakon-kata orang lama. Andaian lama yang menegaskan  guru boleh melakonkan segala watak dan segala perkara dengan eloknya.

Itulah guru dulu dan masa kini. Kenapa tiada perubahan? Ada perubahannya tapi tiada kehebatan disebaliknya.. setiap perubahan yang dicadangkan adalah berbentuk penterjemahan baru sistem dan pertindihan sistem lama dan baru amat merunsingkan terutamanya guru lama dan guru baru…

Inilah yang membangkitkan penentangan dalam pendidikan sekarang. Dimanakah jalan keluarnya?
Semua guru tahu..jalan keluarnya senang sahaja-kembalikan tugas hakiki guru kepada mereka iaitu mengajar. Tapi semudah itukah—sedang selama ini mereka mengajar jua..kenapa guru dulu dapat melakukannya dan guru masa sekarang banyak kerenahnya?

Anda bukan guru—sebab itulah anda tidak mungkin faham.  Guru memang mengajar; guru hadir didalam kelas dan mendidik murid. Tapi tugas guru tidak pernah tamat disitu…ianya berterusan sewaktu cuti dan sebagainya. Dengan kemudahan IT dan teknologi kini; guru lebih terikat dengan sekolah serta murid..kalau guru dahulu; cuti sekolah bermakna berada di rumah dan di kampung..guru kini tiada lagi istilah yang sama kerana pada waktu cuti pun ada dikalangan guru yang masih terpaksa bertugas melakukan ini dan itu.. hal berkaitan bukanlah alasan tetapi realiti.

Bagaimana kita mahu memperbaikinya? Mudah. Kembalikan tugas guru kepada mengajar. Tetapi bagaimana dengan tugas-tugas tambahan lain—ianya perlu juga dilaksanakan..

Saya cadangkan hapuskan sahaja bidang tugas mengajar untuk guru yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tambahan. Contohnya jika guru itu ketua panitia maka tugasnya adalah satu dan itu adalah untuk menjadi ketua kepada guru-guru mata pelajaran.. Guru panitia boleh bertindak untuk kawal selia perkembangan mata pelajaran dan guru. Guru panitia ini tidak perlu untuk mengajar murid bahkan cukup tugasnya di pejabat untuk urusan mata pelajaran tersebut. Tidakkah ini memudahkan guru… mungkin ada guru yang berkata- untungnya kalau begitu; saya ingin bertanya jika guru sendiri selalu mengatakan tugas itu mudah kenapa apabila diberikan pelaksanaannya kepada guru dan hasilnya kurang menyerlah.

Dalam semua profession pasti ada segolongan yang tegar yang tidak mahu menerima hakiki sebenar had sesuatu tugas…

Ini bukanlah mempersoalkan sesiapa tetapi sudah tiba masanya kita benarkan guru yang mengajar mata pelajaran untuk bernafas dengan udara sendiri. Bayangkan seorang guru yang bertugas untuk mengendalikan data sekolah dan pada masa yang sama perlu mengajar murid di dalam sekolah.. Tidakkah itu bebanan baginya dan lebih dari itu data yang dikendalinya hanyalah sebagai tugas tambahan dan penilaian kerjayanya lebih kepada hasil kemenjadian muridnya. Perlu ditegaskan jika guru itu mengendalikan data sekolah—benarkan dia melaksanakan tugas itu sahaja supaya penilaian kerjayanya adalah berdasarkan hasil-hasil data yang telah berjaya diselesaikan.

Begitulah juga dengan tugas guru besar, penolong pentadbiran sekolah, penolong hal ehwal murid, penolong ko-kurikulum, guru kaunseling, guru keceriaan, guru kebersihan dan sebagainya..

Berikanlah mereka tugas ini sebagai tugas tunggal mereka supaya guru-guru ini dapat melaksanakannya dengan baik dan cemerlang dan benarkanlah guru-guru mata pelajaran untuk melaksanakan tugas mendidik tanpa ada pertindihan tugas yang ketara.

Saya tahu; masalah utama untuk wujudkan sistem ini adalah dari segi kewangan kerana dengan adanya sistem ini kita akan terpaksa membayar lebih banyak guru dan sesebuah sekolah mempunyai kapasiti guru yang terlalu tinggi. Tetapi tidakkah itu impian semua guru; untuk mendidik murid dengan bilangan yang ideal supaya lebih teratur dan baik; bukankah itu impian sistem pendidikan Negara yang mahu setiap murid diberikan peluang pendidikan yang sama rata.

Dari dahulu sehingga sekarang; kita hanya mampu berbicara-kita hanya mampu berdalih bila tiba masalah tetapi penyelesaiannya kita endahkan tanpa bicara. Kita mahu jadi yang terbaik, maka kita tidak perlu akur kepada standard yang diletakkan dunia luar.

Pendidikan adalah tunjang Negara dan jika asas ini kita semata-mata mengolahnya dari dapatan dunia luar maka tidak janggallah jika masyarakat kita tegar menjadi seperti masyarakat luar yang lain.

Jangan menjadi boneka ikutan asing…tetapi kita sendiri mereplikasikan acuan yang mereka bentukkan!


Saya menulis ini untuk mencabar pemikiran tempatan untuk menjadi adiwira dalam memperhalusi kesilapan kita dalam mendidik. Untuk setiap ketamadunan menjadi maju; ahli pemikirnya mestilah dari golongan cendiakawan yang tahu dunia luar tidak boleh direplikasikan dalam realiti masyarakat nyata. Oleh itu adaptasi dan pengubah-suaian yang drastik perlu dan ciptaan pendoman baru adalah wajib untuk membuktikan ketamadunan kita adalah yang terulung dan yang terbaik…  

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman "BLUE MOON" ku

BULI : THE SMALL PENIS GUY!

ImAzih nisutAM