Posts

pendapatku berbeza!

Semua orang mempunyai kenangan dan aku melalui segalanya dalam masa yang agak singkat, aku dulu bukanlah budak yang baik dan aku bukanlah budak yang suka memberikan apa yang diharapkan oleh persekitaran ku. Aku bangun untuk bermain setiap hari dan hari-hari ku tidak pernah lebih indah dari yang terdahulu kerana aku telah belajar untuk menikmati setiap saat yang bahagia dalam keperitan hidup. Aku mengakui wujud ruang kekosongan dalam fikiranku dan hatiku dan aku jua sedar apakah yang kurang tapi kedegilanku dan kegilaanku telah melarang serta menghalang kewarasan hati dan akal ku untuk meneruskan perjuangan mengisi kekosongan itu sebaliknya nafsu dan nikmat duniawi yang merosakkan akal dan hati menguasai diri. Kamu yang membaca mungkin lali dengan setiap penulisan yang berpanjangan dan tidak membawa seribu erti kerana seperti teguran yang pernah dilemparkan kepada ku oleh seorang pensyarah “ Your ideas and all this talk is nonsense unless you are someone with a Master or you mak...

Ucapanku Yang Terakhir Untuk PRU-13

Pada akhir-akhir saat ketika masa kian hampir untuk kita menentukan masa hadapan negara kita--- kita makin nampak dengan jelas keinginan semua pihak untuk menguasai negara yang indah dan permai ini. Negara yang kita semua sayangi ini sebenarnya berhak untuk mendapatkan pentadbiran yang terbaik dan selayaknya diperindahkan dengan pembangunan yang membina ekonomi semua penduduknya untuk berjaya dalam kehidupan di dunia ini. Kita yang bakal membuat pilihan hendaklah sedar di mana kita berada sekarang. Mungkin benar lagu-lagu yang berkumandang di stesen televisen tempatan yang mengatakan kita patut Pilih Malaysia dan Terima Kasih Malaysia kerana semua ini tidak mampu tercapai kerana jasa pemerintah yang telah mewarnai carta politik kita. Dari gelagat Sammy Vellu sehingga kepada segala scandal-scandal liar yang pernah dilaporkan semuanya berjaya membawa kita ke tahap ini yang telah membuktikan disebalik kekalutan itu—kita berjaya dan terima kasih diucapkan untuk semua itu!.\ K...

Aku Memangkah Tikus!

Image
Tikus, dimana sahaja disekitar ku, engkau penuh bersemangat. Mereka ini seakan-akan makhluk yang menjadikan ruangan rumah ini permainan tika kegelapan muncul dan bila manusia tidak lagi berbicara. Dahulunya aku hanya mendengar keluhan dan perbuatan mereka di bilik-bilik lain akan tetapi entah kenapa nasibku kini telah tiba untuk bersandiwara bersama si tikus yang sungguh licik dan nakal ini. Tikus, berlari-lari anda di dinding bilikku-dengan pantas dan dengan penuh ritma yang menyusahkan anak mataku untuk lelap disaat mimpi mahu menyandang tiba. Engkau sengaja bersenam untuk merimaskan mindaku supaya setiap suluhan ku itu merupakan detik masa untuk dirimu lari bersembunyi dari insan yang hampir gila ingin tahu siapakah dirimu yang berekor berlari-lari di malam hari. Tikus, jika dahulu larian mu menjadi buruan tidur ku, kini kenapa engkau bermusuhan dengan diriku. Adakah engkau kecewa aku menutup setiap lubang yang engkau gigih tebukkan di dinding pink ku ataupun engkau ...

Pilihan Raya ke13 bertemakan "PINK"----anda berani menghadapinya?

Image
Parlimen sudah dibubarkan dan kini janji-janji akan mula berkumandang dan rentak lagu untuk permainan minda rakyat akan dinyanyikan bersama-sama dengan segala kekuatan untuk menjamin satu persetujuan. Kita sudah terlalu dewasa untuk memahami bahawa segala keputusan yang bakal dijalurkan dari Pilihan Raya yang menjelang adalah satu garapan kearah Malaysia yang lebih utuh dan terjamin. Bukannya tiada salah Barisan Nasional dan tidaklah sempurna Pakatan Rakyat tetapi yang penting adalah rasa bertanggung jawab setiap yang mengambil keputusan untuk menjuarai pilihan raya kali ini. Pilihan Raya ke 13 mungkin tidaklah semudah dan seindah yang lalu dan ia bakal menjadi Pilihan Raya dimana seluruh masyarakat menjadi penentu utama dalam membuat keputusan maka jagalah perilaku hakiki kita. Dunia sudah terlalu hodoh dan masyarakat luar dah kian rosak dengan segala macam permasalahan dan kita sememang tidak mungkin akan tegar melarikan diri dari terserap dalam kumpulan yang sama; jadi kita...

guru yang lemah!

bila seorang guru tidak menunaikan tanggungjawabnya terasa seperti kehilangan sesuatu yang penuh bermakna di dalam diri. apabila aku membuat keputusan untuk menyendirikan diri dan berada dikawasan yang selamat dari segala kancah yang berlaku diluar sana. diri ini terasa kehilangan sesuatu yang sungguh bermakna. rindunya mengajar walaupun tidaklah ada apa yang perlu dibanggakan atas apa yang dididik oleh guru ini. rindu untuk melihat wajah-wajah murid yang selalunya sungguh ceria untuk menyambut ketibaan ku di kelas. semangat mereka yang ingin belajar tetapi masih lagi mentah untuk mengetahui bahawa pendidikan itu penting bagi membezakan mereka suatu masa kelak. alangkah malangnya bagi guru ini untuk tidak melaksanakan tanggung jawabnya; guru yang sepatutnya berkorban segala kepentingan demi untuk menjamin murid itu mendapat didikan yang terbaik walau dalam apa pun keaadaan. mungkin kita berfikir tentang hal kita sendiri dan kita berfikir bahawa kita patut diutamakan tetapi hakik...

ketakutan dan ketidak prihatinan Sabah

ketakutan dan juga ketidak prihatinan- terdapat beza yang nyata diantara keduanya dan kita jarang dapat berasa dalam situasi yang menekankan aspek keduanya dalam konteks yang sama tapi entah bagaimana konflik di Sabah berjaya membuatkan keduanya bersatu dalam nada yang berbeza. dikatakan diri ini takut dengan pencerobohan yang berlaku di Sabah adalah tidak sekali kerana disebalik semua yang terjadi pasukan pertahanan kita masih lagi mampu untuk berjuang memastikan terdapat keamanan dalam pertaruhan. mereka adalah yang terhebat dan terbaik di dalam dunia kerana tindakan mereka membayangkan bahawa setiap nyawa itu masih lagi berharga. kenapa kita perlu berbicara sedangkan kita sebenarnya diserang-kerana kita adalah manusia yang mengetahui adalah salah untuk membunuh manusia yang lain tanpa sebarang alasan yang membenarkan. ketakutan itu adalah kekuatan bagi insan yang tahu setiap detik dalam ketakutan itu dapat membina pendoman yang menguatkan jiwa. kita semua sentiasa takut...

~pengganas kita~

Image
mendongak kepala ke langit dan mengenali nama-nama yang tidak pernah penting pada masa tetapi pentingnya adalah pada ketika masa itu dilukis, ditulis, dibentuk, dicipta,diluahkan, dizahirkan, diperjuangkan, dibentuk, diolah, dinanti, dijalankan, di lahirkan dan diakhiri. itulah kita bila berbicara tentang sesuatu yang penting; kita adalah entiti yang bercita-cita dan segala kejayaan dan olahan adalah berlandaskan kepentingan yang membina teras kepada pembentukan kita. kita tidak pernah lupa akan kesengsaraan dan tidak pernah alpa dengan setiap kejadian yang berlaku tapi kita seakan-akan menjadi rebutan terhadap setiap jiran yang melihat pencapaian kita. apa yang kita miliki dilihat sebagai satu bentuk kepunyaan dunia luar yang tidak pernah menerima kewujudan kita. mungkinkah kita alpa untuk memberitahu bahawa kita sudah dewasa dan tidak mampu untuk ditindaskan lagi. ataupun mungkinkah kita adalah penyebab kepada permasalahan kita sendiri, akibat kata-kata dan keinginan ki...