Posts

syok sendiri!

Image
Aku ingin bercinta; hahahx! Bro… relax ini bukanlah statement berani mati dan terdesak cuma semenjak jadi dewasa ini ramai jea orang yang mencari cinta. Tak boleh blah ar kalau dulu cinta pun aku tak tahu maknanya.   Bayangkanlah dulu makan-tidur atas pokok jea, lepak pun dalam longkang sekarang dah jadi agak berlagak bila lepak pun kat mall. Haish bila ler gua nak serius dalam bercinta nie. Whatever bro- chill out dulu kot- lagipun dah ada jea yg menanti! Tapi sampai bila plak kan—haish! Anyway bercakap tentang pokok dan longkang, gua tak boleh blah melihat jenis cinta yang terpapar di hadapan mata. Kalau dulu ada seorang mamat nie sound gua untuk jauhi family dia takut tercemar ar kononnya tapi kini tanpa aku sendiri terlibat pun memang tercemar. Bahahahx! Memang jahat ar aku gelak dalam hati tapi kesian pun ada gak sebab dah jadi macam tu. Bukannya gua tak boleh terima si lelaki jadi gay tapi hakikatnya bila si perempuan pun berkepit dengan pengkid buatkan gua rasa mcm bers...

Yuna nampak Hantu Mak Bijan!

Image
Pada suatu malam yang dingin, berdekatan sekolah usang dipinggir kampung yakni kawasan yang agak terpencil dan jauh dari bandar serta gelap-gelita (yang part lain bayangkan sendiri jea la yea!). kedengaran suara jeritan kuat seorang wanita dari jauh! Wanita misteri : ARGHHHHHHHHHHHHHHH! TOLONG MAK!!! NYAH! ADA HANTU!!! Rupanya ada seorang lelaki separuh wanita ternampak hantu di pinggir kampung berdekatan sekolah usang. Pada keesokkan paginya, dua org mamat kampung pun lepak ar at kedai kopi sambil bermain dam serta berlagak macho. Mamat Aris : hey guys! Semalam punya best gua dok tgk konsert Yuna online tertiba ternampak Miss Yuna kampong kita, si Yusuf tu terlari dengan skirt pendek dia—kemudian pengsan la plak depan rumah gua. Lepas panggil Tok Mat datang, ludah dua tiga-kali, mamat tu pun terjaga-dia cakap dia nampak hantu Mak Bijan yang dok kat atas bukit tu. Member dia pun buat terkejut lantas berkata. Mamat Arus : dude, bukannya ko tak tahu Miss Yuna k...

2013 :Politik Khayalan

Dipagi yang indah ini, ku duduk sendiri- berfikir tentang “what next?”= ayahku sering bertanya soalan ini kepadaku. Di sebalik sudut fikiranku terlintas satu memori dimana ternyata tidak ramai yang memperkatakannya. Mungkin kerna sekarang bukanlah masanya untuk mengemukakan persoalan tentang masa hadapan tetapi mungkinkah kita sering kali terlalu alpa dengan kemewahan. Persoalan yang bermain difikiranku adalah wujudkah 2013 bagi kita semua? Bukan persoalan akhir zaman tetapi ini lebih kepada hakiki politik Malaysia pada masa kini. Siapakah bakal menguasai arena politik ciptaan Barat yang berlandaskan kebebasan rakyat.? Apakah yang bakal terjadi sekiranya Sipulan U menang- ataupun Sipulan P menjadi juara tika dunia masih dibayangi penjajahan minda? Melihat kepada sejarah negara, tidak semua sedar bahawa polimik yang berlaku sekarang merupakan titik permulaan kepada satu bentuk revolusi yang baru. Tidak pernah dalam sejarah negara-sejak selepas kemerdekaan, kekuatan perjuangan...

Masyarakat Rohingya!

Image
Berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan seluruh dunia bahkan hendak dikatakan satu penindasan baru mungkin adalah sesuatu yang agak keterlaluan dimana seperkara yang hampir serupa pernah terjadi dan masih terjadi di sekitar wilayah terpinggir China dimana penghapusan kaum terutamanya kaum minoriti menjadi sesuatu yang tegar dan tidak boleh dibendung oleh masyarakat dunia. Sememangnya bukan inilah tujuan penulisan ini terencana tetapi ianya lebih kepada persoalan dimana apakah salah masyarakat Rohingya sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Mungkinkah terdapat dendam dikalangan masyarakat dinegara itu yang menguraikan kepentingan kaum Rohingya ditidakkan. Adakah Rohingya pernah menindaskan dan memihak kepada pihak yang salah suatu ketika dahulu sehingga dibenci sehingga kini. Persoalan ini terbangkit tika Ang Suu KI sendiri-seorang pejuang hak asasi kemanusiaan yang menjadi ikon kepada dunia enggan memihak kepada Rohingya. Jika sentiment keagamaan menjadi tunjang ...

~Drama Agung 901~

Image
Suatu ketika di tempat letak kereta; 9; saya tak bersalah pun k! saya ada saksi dan buktinya 1; mana ada tak salah! Nie sapa punya kerja nie! 9; ala belakang awak calar jea! Sapa-sapa pun boleh buat k! 1; hey awak sorang jea yg langgar sampai calar mcm nie-saya tak kira! Saya nak jugak keadilan. 9; ewah-ewah budak nie! Berani betul-ko ingat ko sapa erk! 1; suka hati aku ler nak ingat aku sapa ang sapa! 9; aku? Sapa tak kenal aku bro! ko jgn nak fitnah kat sini k! bontot kereta ko yg calar tu bukan kerja aku k! 1; nie senang-senang kita jumpa kat balai jea! Manakala dibalai; 0; ok! Sapa yang nak buat report nie? 1; saya cik! Dia langgar bontot saya tadi! 0; dia nie ke? Nie dah dua kali dah nie—ish-ish! Takpe2 sila buat laporan kat situ! 1; dah dua kali rupanya! Damn betul mamat tu! ~ .~ Seketika kemudian disoal siasat; 9; encik! Tolong ler-calar jea kot-bukannya mcm berlubang kea pa ke? 0; encik! Calar pun langgar jugak kan-takkan nak sampai berlubang baru kami nak tahan! 9...

cerita cintaku!

Image
Sudah lama kita tidak bercerita. Bukannya cerita itu sudah tiada tetapi kerana selama kita tidak bersua maka cerita itu diam membisu seribu duka. Banyak cerita yang boleh diungkapkan dan banyak cerita yang boleh dileraikan tetapi cerita tentang bicara hati tetap menjadi nukilan zaman. Cerita tentang kasih tercinta dan pendoman hidup sering kali menjadi warna terindah hakiki alam. Ceritaku mengenai kekasih hati tidak mungkin menjadi wadah cemburu insan si pembaca. Cerita ini mengenai sahabat dan rakan yang bercinta tanpa mengenal rupa dan suara. Cerita cinta yang terbentuk di alam maya berkongsi cerita dan madah luka. Sahabat dan rakan tidak pernah menyangka hati berdua sering terpaut kerana persahabatan itu indah terperi tanpa cacat cela. Kata bicara sering memahami, erti nasihat sering menyeri dan senyuman indah mengungkap di hati. Ini cerita indah, cerita tentang permulaan cinta yang mengubah wajah mereka. Cerita ini tidak akan berakhir dengan luka kerana terbedah hati meliha...