kesunyian dalam diriku
Aku paling benci kesunyian. Tapi ketenangan dalam jiwa selalu memberi aku erti yang kuat bahawa setiap hari tika aku berjalan adalah satu lagi langkah untuk memecahkan kesunyian itu, entah kenapa pada malam ini dan saat ini aku cemburukan rakanku yang telah berteman ketika tidur, yang sedang bertiup sayang untuk insan yang menghargai dan kepada kawanku yang tersenyum dalam mimpi kerana pasti hari esok ketenangan itu bisa dikongsi bersama seseorang yang amat penting sekali. Aku benci kesunyian ini kerana didalamnya ada butir-butir kesedaran yang membuatkan aku terlalu peka dengan realiti alam nyata. Aku terlalu berfikir dan di dalam mimpi sekalipun aku tetap pasti berfikir, seolah ritma pemikiranku tidak pernah berhenti seketika. Jantungku pernah berdenyut perlahan tapi tidak pemikiranku. Tidak ia penat untuk berehat dan aku kagum kerana satu organ sahaja dalam badanku yang amat mengerti aku dan itu berada diatas kepadaku tapi walaupun begitu ia tetap tidak menyukaiku. Aku...