pendapatku berbeza!
Semua orang mempunyai kenangan dan aku melalui segalanya dalam masa yang agak singkat, aku dulu bukanlah budak yang baik dan aku bukanlah budak yang suka memberikan apa yang diharapkan oleh persekitaran ku. Aku bangun untuk bermain setiap hari dan hari-hari ku tidak pernah lebih indah dari yang terdahulu kerana aku telah belajar untuk menikmati setiap saat yang bahagia dalam keperitan hidup. Aku mengakui wujud ruang kekosongan dalam fikiranku dan hatiku dan aku jua sedar apakah yang kurang tapi kedegilanku dan kegilaanku telah melarang serta menghalang kewarasan hati dan akal ku untuk meneruskan perjuangan mengisi kekosongan itu sebaliknya nafsu dan nikmat duniawi yang merosakkan akal dan hati menguasai diri. Kamu yang membaca mungkin lali dengan setiap penulisan yang berpanjangan dan tidak membawa seribu erti kerana seperti teguran yang pernah dilemparkan kepada ku oleh seorang pensyarah “ Your ideas and all this talk is nonsense unless you are someone with a Master or you mak...