Aku Memangkah Tikus!
Tikus, dimana sahaja disekitar ku, engkau penuh bersemangat. Mereka ini seakan-akan makhluk yang menjadikan ruangan rumah ini permainan tika kegelapan muncul dan bila manusia tidak lagi berbicara. Dahulunya aku hanya mendengar keluhan dan perbuatan mereka di bilik-bilik lain akan tetapi entah kenapa nasibku kini telah tiba untuk bersandiwara bersama si tikus yang sungguh licik dan nakal ini. Tikus, berlari-lari anda di dinding bilikku-dengan pantas dan dengan penuh ritma yang menyusahkan anak mataku untuk lelap disaat mimpi mahu menyandang tiba. Engkau sengaja bersenam untuk merimaskan mindaku supaya setiap suluhan ku itu merupakan detik masa untuk dirimu lari bersembunyi dari insan yang hampir gila ingin tahu siapakah dirimu yang berekor berlari-lari di malam hari. Tikus, jika dahulu larian mu menjadi buruan tidur ku, kini kenapa engkau bermusuhan dengan diriku. Adakah engkau kecewa aku menutup setiap lubang yang engkau gigih tebukkan di dinding pink ku ataupun engkau ...