guru yang lemah!
bila seorang guru tidak menunaikan tanggungjawabnya terasa seperti kehilangan sesuatu yang penuh bermakna di dalam diri. apabila aku membuat keputusan untuk menyendirikan diri dan berada dikawasan yang selamat dari segala kancah yang berlaku diluar sana. diri ini terasa kehilangan sesuatu yang sungguh bermakna. rindunya mengajar walaupun tidaklah ada apa yang perlu dibanggakan atas apa yang dididik oleh guru ini. rindu untuk melihat wajah-wajah murid yang selalunya sungguh ceria untuk menyambut ketibaan ku di kelas. semangat mereka yang ingin belajar tetapi masih lagi mentah untuk mengetahui bahawa pendidikan itu penting bagi membezakan mereka suatu masa kelak. alangkah malangnya bagi guru ini untuk tidak melaksanakan tanggung jawabnya; guru yang sepatutnya berkorban segala kepentingan demi untuk menjamin murid itu mendapat didikan yang terbaik walau dalam apa pun keaadaan. mungkin kita berfikir tentang hal kita sendiri dan kita berfikir bahawa kita patut diutamakan tetapi hakik...