memaksa diri!
Memaksa diri untuk menzahirkan sesuatu yang tidak bererti merupakan perkara yang susah bagi insan yang kurang yakin akan kebolehan dirinya untuk berkata-kata tanpa tanggapan pujangga. Memaksa diri untuk menyokong sesuatu tanpa sesuatu yang boleh dipercayai merupakan satu langkah yang boleh merosakkan minda. Memaksa diri untuk melahirkan satu perasaan yang berbeza dengan kehendak semua individu yang penting dalam kehidupan adalah sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan terhadap diri sendiri. Memaksa diri untuk menyentuh perkara yang tidak jelas dan teramatlah rumit untuk diterjemahkan boleh mengakibatkan barah yang memakan jiwa. Memaksa diri untuk bernafas dalam ruangan yang tidak berudara seperti bermimpi memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesempurnaan tanpa kecacatan hakiki. Memaksa diri untuk melangkah merentasi gunung dengan satu langkah sahaja bak senyuman yang meruntuhkan kota raya ; itulah satu cabaran bagi melaksanakan tindakan yang diluar jangk...