PRU KE 13—KEMENANGAN DAN KEGAGALAN

Semua penduduk Malaysia sedar akan kehadirannya dan menantikan detik dimana perjuangan untuk memastikan kemandiran hidup lestari dalam negara ini berjalan dengan penuh keamanan dan seimbang. Persoalannya adakah BN akan menjadi pilihan sekali lagi ataukah populariti idealisme pembangkang menjadi taruhan terbaru yang bakal mewarnai perjuangan negara ini? Jika BN mahu menang dalam pilihan raya untuk kali ini, banyak perubahan yang terpaksa dilakukan. Dasar “TRANSFORMASI” yang telah direncanakan dilihat sebagai satu bentuk retorik yang memperkatakan tentang perubahan yang digariskan sebagai “keperluan” tetapi ianya lebih kepada satu bentuk tarikan terhadap perhatian rakyat tentang apakah yang sedang dilakukan kerajaan. Para pemimpin BN perlu lebih telus dan teratur dalam merencanakan pembangunan dan pembentukan negara ini dimana segala perkara yang mengaitkan BN dengan delima-delima lama perlu dihapuskan. Satu cabaran terbesar BN adalah bukan membuktikan apa yang diperka...