Memahat Keadilan Dalam Pembentukan Baru 2014
Istilah War On Terror, pemberontakan dan freedom of speech serta hampir segalanya tentang konflik dalaman masyarakat yang kita nilai dan hadapi sekarang adalah kesan daripada globalisasi yakni perkongsian global maklumat dan agihan kuasa serta kepercayaan. Untuk menyatakan bahawa semua ini berlaku adalah kebetulan dan kita adalah masyarakat yang berbeza dengan dunia Barat adalah satu bentuk pengakuan yang kurang bijak. Kita hampir sama dengan mereka dan apa yang terjadi pada kita kini adalah akibat globalisasi yang memungkinkan perkongsian daripada apa yang mereka lakukan. Dunia kini lebih terikat dengan satu sama lain, dan kewujudan persamaan ini sedang berlaku dengan pantas sehinggakan kita sering dilihat sedang berlawanan antara satu sama lain dalam membentuk realiti masyarakat dunia sebenar. Pada tahun 2014, lebih banyak benih-benih konflik antarabangsa yang akan tumbuh dan kita dipersaksikan dengan kebangkitan nilai diri di atas tanah air sendiri. Sebenarnya seper...