jiwa merdeka anak malaysia
Merdeka-merdeka-merdeka! Ntah bila ler kemerdekaan ini akan disambut dengan aman- terasa segalanya berubah apabila kebebasan telah disalah dengan ertikan. Pada mulanya aku pun berasa seperti tidak adil apabila ada sahaja yang mempolitikkan kemerdekaan ini akan tetapi apabila tiada siapa pun bangun mengatakan hal ini adalah salah maka tersemat sudah hakikinya negara ku ini bakal menjadi medan politik manusia semata. Cuba bayangkan bukan sahaja tiada satu logo yang menarik minat malah slogan juga menjadi terbelah kepada beberapa kepercayaan propaganda politik. Sudah-sudahlah membelah masyarakat; tidakkah kamu semua malu memperjuangkan perpecahan. Tidakkah pernah kamu melihat bahawa tiada apa yang lebih baik daripada memperbaiki diri sendiri. Memang semua orang melalui buaian nafsu dan penipuan. Tidak pernah sesiapa dapat lari dari dugaan kehidupan didunia ini tetapi jika kita hendak membogelkan semua kutukan manusia; seribu tahun pun tidak mencuku...