matinya akal bila bernyawa nafsu

Sejujurnya aku telah banyak membaca cacatan sejarah, dan bukannya mudah untuk memahami gambaran sebenar tentang apa yang berlaku. Sejarah bukannya kisah kecil dan terpencil dimana ia patut dibahagi-bahagikan. Sejarah bukannya cacatan diari setiap individu yang hidup merentasi zaman. Dan sejarah bukannya satu garis panduan untuk memacu perubahan. Sejarah adalah rujukan kejadian yang sepatutnya menjadi tulang belakang kearah kehidupan yang lebih memberi keamanan. Dan dalam lipatan sejarah semua yang terjadi mempunyai sebab dan alasan yang munasabah. Alasan itu mungkin lapuk dan mungkin bercanggah tetapi ianya patut dihormati kerana diatas alasan itu kita mampu membaca sejarah seperti mana yang kita lakukan kini. Ramai yang lupa; tidak pernah sesiapa pun dalam dunia ini berjaya mengubah sejarah tetapi mereka hanya mampu hidup dalam ratapan sejarah. Apa yang berlaku pada masa silam tidak mampu diubah malah tidak patut menjadi satu dendam yang akan mengakibatkan kita asyik melupakan diri,...