suratan perpisahan

Aku bukannya insan yang gemar menceritakan kisah hidupku terhadap insan lain dan tidak pernah pula aku ingin tahu akan arah tujumu jikalau engkau hanya mampu untuk hadir seketika didalam mimpiku. Aku tahu erti hidup ini penuh dengan lurah dan resah yang bisa memedihkan luka tetapi aku juga sedar disebalik tragedi yang menimpa ada hikmah yang bertahan untuk kesejahteraan bersama. Aku tidak menginginkan perhatianmu bahkan aku tidak pernah merayu untuk diberikan perhatian; aku hanya mahu engkau tahu bahawa hidupku ini bakal berakhir dan permulaan ini adalah singkat sama sekali. Aku tidak mahu hidupmu leka dangan ceritaku sahaja; segala lakuku adalah demi kamu, insan yang tidak pernah aku kenali selamanya akan tapi aku bisa mengorbankan segalanya untuk dirimu. Aku mengerti saat kita bertemu dan bermesra; segala yang pasti itu akan berakhir tika masalah menjelma. Aku hadir untuk memberikan ketenangan dan apabila engkau sudah dewasa maka aku perlu mengundurkan diri kerana hidupku bukan lagi...