~kisah remaja-remaja S~

Ini adalah kisah percutian yang akan menggamit jiwa yang memahami sejauh mana makna kehidupan itu mampu bersemi di hati naluri seorang insan. Ini adalah kisah percutian Suria--- Suria ialah seroang gadis pendiam yang suka berseorangan dan tidak pernah mempunyai masalah dengan rakan-rakan disekitarnya. Jika ditanya kepada rakannya mengenai Suria, kebanyakan mereka akan berkata : Rakan A : “Suria!--- dia ok jea. Pemalu kot-suka lepak sorang-sorang. Mcm pelik pun ada!” Rakan B : “oh minah yg dok kat belakang kelas tu ke? Nama dia Suria? Tak tahu plak-apa hal ko nak tahu tentang dia! Aku tak kenal ar dia-sorry ar!” Itulah pendapat rakan-rakannya mengenai Suria. Tetapi bukan ini yang akan menjadi bahan penceritaan pada hari ini. Pada musim cuti yang lepas (cuti akhir tahun bulan disember!) Suria membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Hasrat Suria adalah untuk menjadi insan yang baru dan meneroka identiti yang lebih ceria dan periang. Dengan keyakinan dan matlamat untuk berubah S...