Coretan Politik Pagi

Kebangkitan semula ataupun kelahiran semula sesuatu dasar mahupun sesuatu prinsip haruslah diberikan penekanan kerana ia merupakan teras pembentukan nilai masyarakat yang menjadi bahan terhadap pandangan dunia kepada Negara. Dasar yang ingin dikupas adalah berkaitan dengan konsep 1 Malaysia dan juga pandangan mengenai pengaruh politik dalam dasar itu sendiri. Pembentukan konsep yang memperjuangkan dasar penyatuan rakyat di bawah satu nada dan satu prinsipal yang menegaskan bahawa kecintaan terhadap tanah air itu adalah penting dan perlu dipelihara adalah sesuatu niat yang murni. Akan tetapi penerapan ini bila dizahirkan dalam satu bentuk dasar perlulah diperhatikan kebijaksanaannya kerana dasar seperti ini boleh mengundang ketidakadilan dalam pencoretannya. Cuba perhatikan masyarakat kini yang sudah mula mengadaptasikan slogan 1Malaysia-kebanyakan ahli masyarakat bergerak dan berkelakuan berlandaskan kepada prinsip yang terkandung dalam konteks yang telah digariskan oleh dasar terseb...