pandangan kebenaran penulis

Kita boleh mengkaji 5000 tahun sejarah manusia dan memahami semuanya tetapi mampukah kita mengatakan semua yg tertulis itu salah, mampukah kita melihat sejarah dan menyaksikan setiap patah peredaran masa itu merupakan suatu kesilapan yang disengajakan utk memastikan kita berada dimana kita berada sekarang. Adakah kita membentuk pengetahuan ataupun hanya sekadar mengingati ilmu yang terbentang dihadapan kita. Lihatlah dipersekitaran apa yang tiada dan apakah yang ada? Kita tidak lagi mampu utk bertegang lidah hanya utk keseronokan kerana kebenaran itu tidak menghiburkan. Kebenaran adalah kebenaran oleh itu terimalah kebenaran seadanya. Kata-kata inilah yang memusnahkan pengetahun kita kerana tiada kebenaran yang benar kalau tiada yg tidak membenarkan kebenaran. Hanya kerana pengetahuan itu berkaitan kita menyambungnya diantara satu sama lain- kita bentuk satu gambaran yang hanya kita dapat melihatnya dan kita bentangkan gambaran kita itu kepada generasi mendatang, gambaran pengetahun y...