bahasa

Bahasa itulah jiwa bangsa kerana melalui bahasalah kebebasan untuk bersuara dengan rentak dan kata serta ritma yang tersendiri dapat dilafazkan tanpa perlu untuk kita memperdulikan tekanan dan perubahan yang terdapat diluar sana. Bahasa adalah medium asas kemerdekaan sesebuah negara dan juga medium pemeliharaan sesuatu bangsa untuk mengharungi perubahan zaman dan peredaran masa. Bahasa tersangat penting untuk dijaga oleh segenap masyarakat disebabkan kebolehannya untuk merubah dan menyampaikan matlamat dan cita-cita sesebuah negara kerana dari bahasalah komunikasi itu bermula. Renungkanlah kedudukan bahasa kita sekarang ini dan percayakan diri kita bahawa ada tempat yang lebih tinggi untuknya disanjung dan betapa kita perlu untuk mencari jalan supaya pengekalan bahasa kita ini tidak dipersiakan. Jangan disebabkan peredaran zaman dan kebangkitan tamadun luar menyebabkan kita terlampau daif untuk meningkatkan status kedudukan bahasa yang telah mendirikan bangsa kita sejak azali lagi. K...